Pengeluaran bas Bas

Asalnya kebanyakan pembina bas terdiri daripada pembina badan kereta kuda, dan kemudiannya pengeluar kereta dan lori. Bas terawal biasanya terdiri daripada badan bas yang dipasang pada sistem kerangka lori. Pendekatan badan campur kerangka ini berterusan sehingga membawa kepada pengeluar moden khusus, di mana enjin bas yang menggunakan enjin diesel dibina oleh sesebuah syarikat tertentu, manakala kerangka dan badan dibina oleh syarikat yang berlainan. Walau bagaimanapun, terdapat juga syarikat khusus yang membina sepenuhnya bas, daripada enjin sehinggalah kepada badan bas. Kerangka terkini jenis Monocoque didakwa lebih ringan dan lebih selamat sehingga mencapai tahap ECE R66

Pengeluar bas moden kini turut menyertakan peralatan berteknologi canggih seperti sistem pemantauan GPS,onboard Wi-Fi, Permainan Komputer, Skrin LCD Peribadi, tempahan tiket secara atas talian serta sistem maklumat penumpang elektronik di dalam bas bagi menambah kecekapan operasi sistem pengangkutan bas.